Asrama Putera SMK Tinggi Batu Pahat
Alamat
Asrama Putera SMK Tinggi Batu Pahat,
Jalan Zaharah,
83000 Batu Pahat, Johor
Logo Asrama
Sejarah ringkas
- Juga dikenali sebagai ASPUTRA ( singakatan kepada ASrama PUTeRA )
- Merupakan asrama tertua di negeri Johor
- Kerja pembinaanya dimulakan pada tahun 1968 dan selesai pada tahun 1969.
- Tujuan pembinaan adalah untuk menampung dan menyediakan tempat tinggal untuk pelajar SMK Tinggi Batu Pahat yang berasal dari tempat yang agak jauh dari SMK Tinggi Batu Pahat dan mereka yang kurang berkemampuan untuk pergi ke sekolah dengan kadar yang cepat dan pantas.
- Tahun pertama pembukaannya, jumlah pelajar asramanya atau asramawan ialah seramai 53 orang.
- Jumlah tersebut meningkat menjadi 65 orang pada tahun berikutnya kerana kemasukan pelajar tingkatan enam ke asrama.
Sehinggalah pada tahun 1981, jumlah pelajar asrama meningkat sehingga seramai 205 orang.
Kini, bilangan pelajar asrama menurun sehingga 123 orang atas faktor-faktor keselamatan dan sebagainya
Pada tahun 1995, asrama ini dilanda kebakaran yang hampir memusnahkan seluruh tingkat atas bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, tiada kes-kes nyawa terkorban atau pelajar tercedera akibat kebakaran itu.
Motto
Berilmu, Beriman, Beramal
Cogan kata
Man Jadda Wajada
( Sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk berjaya, pasti akan berjaya )
Warden dan Penyelia Asrama
- Pada tahun 2009-2013, En Norizuan bin Abdul Manaf, iaitu salah seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SMK Tinggi Batu Pahat, merupakan warden ASPUTRA.
- Pada tahun 2009, En Norizuan dan En Shahabuddin telah menjadi warden.
- Pada tahun 2010-2012, En Norizuan dan En Fairie bin Mohd Razali pula menjadi warden.
- Pada tahun 2013, En Johary bin Atan merupakan warden ASPUTRA SMK Tinggi Batu Pahat
- Penyelia ASPUTRA ialah Pn. Sharipah bt Abdul Rahman.
- Beliau telah bertugas selama hampir 20 tahun dan berpengalaman dalam mengurus dan menjaga hal ehwal pelajar asrama.
- Beliau mesra dan rapat bersama-sama pelajar asrama dan pelajar-pelajar sering berhubung dengannya untuk membincangkan masalah dan sebagainya.
kirim salam kat kak pah dari bekas penghuni asputra batch '96
ReplyDelete